Semua Orang Suka Cantik, Jadi Cantik, Nampak Cantik.. Saya Pun..

Views
Cantik. Semua orang nak nampak cantik. Bohonglah kalau ada perempuan yang tak nak kelihatan cantik. Paling minima pun, niat mesti nak nampak cantik depan suami kan. 

Apabila nak jadi cantik, kita pun mulalah mencari-cari produk yg sesuai untuk atasi masalah-masalah yang menghalang kita daripada nampak cantik. Saya ada sedikit pengalaman dan peristiwa dalam perjalanan nak jadi cantik ni. Sekadar hiburan dan pengajaran untuk semua pembaca-pembaca blog yang comel-comel ni. Kerana di sinilah titik punca saya terdorong untuk terlibat dalam bidang beauty and health ni.

Dulu, masa zaman sekolah rendah dan sekolah menengah, saya memang tak masuk list pun senarai gadis-gadis idaman ni. Tambah pulak di sekolah menengah, sekolah perempuan semua, lagi la out of list. hehe. Biasa la zaman gadis remaja ni, jerawat memang sahabat sehidup semati la katakan. Bila masuk universiti, dapat pulak PTPTN memang dah mula pandai mencari make up ni. Join pulak kelab kebudayaan, lagi la ligat pakai make up tapi masa show je lah. Kerana kemalasan dan keletihan menari, kadang tertidur tanpa cuci make up dulu (salah ni, tak boleh buat mcm tu dalam peraturan nak jadi cantik ni).

Maka bertompok-tompoklah jerawat dan parut jerawat di muka. Bila dapat kerja dekat salah sebuah bank yang terkemuka di Malaysia ni, dah dapat pegang duit sendiri. Faham-faham la memang boros sungguh. Kalau boleh semua produk nak beli. Lepas tu tak istiqamah pulak pakai produk. Mana nak menjadikan. At least kena habiskan dulu produk tu, baru nampak kesannya. Lepas subuh, dah kena start make up nak pergi kerja. Byk lapis ni nak sapu, nak cover parut-parut semua (mentang-mentang la dapat ilmu mcm mana nak make up masa menari dulu). So, setiap hari rasa macam palsu sangat. Terdetik di hati nak ada kulit muka yang mulus. Pakai bedak baby pun dah cukup seri. Katanya.. hehe

Tanpa angan-angan, impian takkan jadi kenyataan. Susah hati bila kena keluar cari sale. Yelah kalau muka lawa at least salah satu faktor nak tarik perhatian ramai nak buat loan. Sungguh tidak matang pemikiran ini. Tapi apakan daya, masa tu umur baru 23 tahun. Nampak iklan kosmetik sikit, dah cepat terpengaruh.

Rasa-rasa anda, iklan kecantikan yang mana yang paling meninggalkan kesan terhadap orang-orang yang desperate nak cantik macam saya ni? Semestinya, New York Skin Solution. Wahh ada promosi set trial utk NYSS RM38 saja.. Best kan? Macam best je. Jomlah pergi try. Baru RM38. Anda rasa saya pergi tak?Mestilah pergi. Dah kata RM38.

Saya pun pergilah dekat cawangan NYSS yg di bahagian utara ni. First impression, wahh cantiknya tempat ni. Nampak eksklusif. Sesuai la dgn pangkat eksekutif kita ni. Kononnya.hehe Kita pun masuk la nak try yg RM38 ni. Tapikan, tak deserve la yg pakej trial tu. Consultant tu cakap trial tu untuk orang yang kulit normal saja. Pastu saya pun fikir la 'orang yg dah cantik buat apa nak datang sini kan'.. Serta merta saya ditarik masuk ke bilik personal untuk scan kulit muka saya. Saya pun cuak la. Bukan cuak sebab kulit saya tak cantik, tapi cuak berapa RM ni nak melayang.

Scan punya scan, kita pun tengok la kondisi kulit muka kita. Ya, memang teruk sangat. Kita nampak lapisan epidermis kulit kita kotor sangat. Ada minyak, nanah jerawat dan bermacam sampah lagi. Sedihnya hati tengok kulit sendiri macam tu bila compare dengan kulit normal yang sihat. Anda rasa saya terpujuk tak nak join ambil pakej ni? Kalau saya ambil, nak tahu tak berapa kos sebenar pakej muka jerawat saya ni? Saya bukan nak menunjuk-nunjuk saya banyak duit,takde duit pun
tapi ini memang akan jadi pengajaran pada semua... So, setakat ini dahulu. Nanti saya sambung lagi cerita NYSS ni.. panjang dah ni. Tunggu next episod ye, terima kasihhh...

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial